Thursday, December 6, 2012

Sayu Hati Mengenangkan Dosa.

Aku bukanlah Khalifah Ar Rashidin yang mampu menggegarkan dunia
menakluk dunia dengan 1 niat dan 1 hasrat
Menyebarkan ajaran islam dimana jua mereka berada
Sanggup mati kerana Allah Sanggup berjuang menuju syurga
Jihad itu jalan mereka, Shahid itu cita-cita mereka.

Sedangkan Aku......

Seorang insan yang penuh dosa yang masih belum mengenali Allah
Hidup terumbang ambing antara syurga dan neraka
Yang leka dengan duniawi tanpa peduli yang Hakiki
Tak mengenali siapa diriku tak peduli siapa Rasulku
Pendirian bagaikan lalang yang masih mengejar kealpaan

Mampukah Aku....

Syurga itu idamanku Neraka itu kata cacianku
Tapi pernahkah aku mengejar syurga??
Bahkan makin mendekati neraka dengan mengejar dunia sementara
Takut untuk jihad menuju syuga mendekatkan diri dengan neraka
Cita-cita untuk shahid bersama tentera islam
Tapi apa usahaku.....

Aku hanya insan yang lemah dalam mencari kemanisan iman..